|
|
|
|
| Author | Topic: Laman Web Tidak Rasmi LPM |
|
ROBIAH BINTI KAMAL (Moderator) |
posted 12/16/05 0:18 AM
To:bakorlambok@yahoo.com CC:"Dr. Mohd Hazim b. Mokhtar" <mhazim@lpm.moe.gov.my> Subject:Laman Web Tidak Rasmi LPM Date:Thu, 15 Dec 2005 16:25:06 +0800 Tuan Azizi Adalah dinasihatkan supaya tuan dapat menamatkan perkhidmatan laman web tidak rasmi LPM di http://azizi.bravepages.com khususnya di laman http://www.geocities.com/mpvlpm/indexa.htm kerana laman web tidak rasmi tersebut memaparkan maklumat-maklumat yang sulit dan yang tidak sepatutnya disebarkan kepada umum seperti no. telefon bimbit pegawai dan sebagainya. Adalah diharapkan tuan dapat memberi kerjasama yang sebaiknya demi kebaikan LPM dan pihak tuan sendiri. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki laman web rasmi LPM bagi memberikan maklumat yang tepat dan sahih kepada pengguna dalaman dan luaran LPM. Harap Maklum dan Terima Kasih Penyelaras Laman Web LPM Robiah binti Kamal Pegawai Sistem Maklumat Lembaga Peperiksaan Malaysia Tel: 03 - 8884 3176 Fax: 03 - 8884 3156 http://apps.emoe.gov.my |
|
Azizi Ahmad (Moderator) |
posted 12/16/05 0:22 AM
DAte:Thu, 15 Dec 2005 01:24:32 -0800 (PST) From:"Azizi Ahmad" <bakorlambok@yahoo.com> To:"ROBIAH BINTI KAMAL" <robiahk@lpm.moe.gov.my> CC:"Dr. Mohd Hazim b. Mokhtar" <mhazim@lpm.moe.gov.my> Assalamualaikum Cik Robiah, Terima kasih diatas makluman dari pihak PSM LPM. Untuk makluman , laman web tersebut adalah laman koleksi saya sendiri dan tidak merupakan ancaman pada mana-mana pihak. Laman-laman tersebut hanya memaparkan maklumat bagi kegunaan saya sahaja. Ianya bukanlah bertujuan untuk disebarkan dan adalah simpanan saya untuk tujuan tugasan-tugasan saya. Namun kepada yang berminat adalah dialu-alukan untuk melayari laman-laman ciptaan saya. Adalah sedih dan menjadi satu kesalan jika laman yang saya usahakan diatas inisiatif sendiri dikatakan mengugat kerahsiaan maupun sulit. Nombor-nombor telefon bimbit yang dinyatakan "sulit" adalah sekadar rekod bekas rakan-rakan sekerja kecuali bagi yang tidak mengerti apa itu hubungan kerja atau persahabatan. Saya juga bersetuju jika perkara "sebagainya" dinyatakan bersama bagi saya meneliti takrif "sulit" yang dimaksudkan. Untuk makluman juga, koleksi yang saya bina merupakan hasilan koleksi panduan dan adalah hak peribadi termasuklah laman tidak resmi yang dinyatakan oleh pihak LPM. Kenyataan dan penafian hasilan saya juga telah dipaparkan. Kenyataan "un-offcial" atau laman tidak resmi sudah cukup untuk menyatakan produk yang dihasil. Saya juga kagum dengan usaha yang pihak LPM jalankan yakni memberi maklumat yang tepat dan sahih. Pihak LPM juga seharusnya lebih adil dan telus dalam menyatakan komitmen sesuai dengan slogan "Adil, Sahih dan Amanah". (atau perlu saya tambah telus). Untuk makluman, saya bukanlah seorang kakitangan atau pekerja LPM, saya rasa berhak dan bebas membina dan mempunyai laman-laman web ciptaan saya sendiri dan bukan tertakluk kepada peraturan LPM. Agak menghairankan peraturan atau undang-undang apakah yang cuba dicipta oleh pihak LPM. Adakah bermakna LPM mengatasi orang lain dalam hal-hal mencipta atau membina sesuatu karya atau tugasan ? Saya berpendapat hakcipta saya tidak boleh diganggu oleh pihak LPM malah maklumat yang berada didalam laman-laman saya adalah hasil dari kajian dan penyelidikan usaha saya sendiri. Laungan integriti dan ketelusan dalam perkhidmatan mungkin tidak dijiwai dalam pasukan pengurusan PSM LPM. Seharusnya laungan dari YAB Perdana Menteri, yang berhasrat agar rakyat Malaysia celik dan mahir ICT harus dibanggakan. Suka saya berkongsi pengetahuan dan maklumat sedikit mengenai internet dan email : "kemudahan ini telah banyak membantu pengguna-pengguna kepada perolehan maklumat yang terkini dan membantu melicinkan jentera pentadbiran JPA. Pelaksanaannya telah dilakukan secara dua (2) peringkat iaitu peringkat pertama yang melibatkan kumpulan penolong pengarah dan ke atas manakala peringkat kedua pula meliputi kumpulan pegawai eksekutif hingga ke peringkat kerani. " (petikan etika dan email JPA) ``Kita mahu menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu sistem pentadbiran yang telus, cekap, mudah berurusan, mesra pelanggan... Utusan Malaysia, 13 Dis 2005. Saya berpendapat kenyataan sebegini juga akan meyakinkan pihak LPM untuk meningkat komitmen dalam pembangunan ICT. Semoga LPM terus maju mengorak langkah dalam membantu dalam peningkatan mutu kerja terutama memberi perkhidmatan pelanggan yang cekap, pantas dan bertanggungjawab , saya sudahi dengan ucapan Selamat Maju Jaya. Wassalam |
|
Azizi Ahmad (Moderator) |
posted 12/16/05 0:25 AM
Date:Thu, 15 Dec 2005 03:00:08 -0800 (PST)From:"Azizi Ahmad" <bakorlambok@yahoo.com> To:"Marlin Abd Karim TPP" <marlin@lpm.moe.gov.my>, "Mawarni Hassan KU UKB" <mawarni_hassan@lpm.moe.gov.my>, "Mawarni Hassan KU UKB" <mawarni_hassan@yahoo.co.uk> Assalamualaikum Puan, Saya terpanggil untuk memaklumkan mengenai perkara diatas. Sebagai seorang yang bukan lagi berada dibawah pengurusan dan pentadbiran LPM atau sesebuah organisasi kerja adakah saya masih tertakluk atau perlu akur pada perkara dibawah. Sepengetahuan saya, apa yang cuba dilakukan oleh PSM LPM adalah dibawah arahan seorang ketua yang tidak memahami tugas dan tanggungjawab beliau. Pengalaman dan pengetahuan ketua tersebut adalah cetek dan tidak menunjukkan kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. ICT bermaksud information & communication technology dengan tujuan mempercepat, memperkemaskan urusan dan tugasan harian dengan bantuan teknologi, seharusnya pihak PSM LPM menumpukan kepada maklumat dan memberi perkhidmatan yang lebih cepat, cekap, tepat dan tersusunkawal serta memberi tindakan pantas. Tidak ada gunanya mempunyai fasiliti tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan serta memberi peluang mengunakan dengan baik. Saya dengan rasa rendah dirinya memohon kepada pihak puan untuk mengatasi perkara ini. Sebagai seorang bekas kakitangan di LPM memang saya akur dengan keputusan sebelumnya, namun sebagai seorang orang luar saya mempunyai hak diatas inisiatif dan minat saya. Keterangan dan sokongan puan sebelum ini membuktikan tidak ada yang sulit dipaparkan. Semoga mendapat perhatian dari pihak puan, disudahi dengan ucapan, wassallam. |
| +6019 2609786 |
posted 12/27/05 9:09 AM
Tkasih En Azizi atas segala bantuan selama diUKB. Selamat majujaya dn tk kerana menghadkan akses laman tuan digeocities. Selamat Tahun Baru! Sender:+6019260786 Sent :27-Dec-2005 11:59:04 |
|
|