John Tambi (Moderator)
|
posted 12/19/04 8:06 AM
Tarikh 16 Oktober 2004, merupakan tarikh berkuatkuasanya Pengstrukturan LPM. Tarikh itu dianggap bermulanya era baru di LPM (dimana dengar khabar dan dikatakan )PTD akan memasuki LPM sebagai ahli LPM.
Pegawai dan kakitangan LPM sibuk berkejar kesana kesini menyiapkan kertas kerja cadangan penstrukturan, mesyuarat dan perbincangan diikuti dengan penyediaan bajet menjadi isu di LPM.
Bagi pihak tertentu, memang inilah yang ditunggu, dipihak yang lain menjadi berita buruk. Diantaranya, terserlahlah kini siapa yang menjawat jawatan sebenar. Yang menyedihkan adalah jawatan bergelar yang disandang sebelum ini dengan kuasa yang tidak berbelah bagi menjadi lebur, sebelum ini berjawatan Timbalan Ketua Sektor kini jawatan itu entah kekal atau tidak, yang mengangkat dan diangkat diri menjawat Ketua Bidang / Ketua Unit/ Timbalan Ketua Bidang kini serba salah dan tidak kena jadinya, yang sebelum ini sungguh hebat, mewar-warkan diri terserlahlah siapa mereka ini, yang dulu "berperasaan" DG44 atau DG 48 (tetapi sebenarnya DG41), mula menunjukkan wajah "kecukaan".
Penyediaan kertas kerja perjawatan yang terbaru juga menjadi bukti kepada yang mengangkat atau diangkat diri, yang anehnya mereka ini masih bersikap "bangga dan sombong diri". Sudahlah bersikap hebat tetapi masih menunjukkan kebengapan diri.
Mereka ini sebenarnya tahu akan sistem perjawatan dalam kementerian tetapi kerana inginkan kuasa dan kehebatan bergelar lantaklah apa orang kata.
Yang menjadi tanda tanya adalah pihak pengurusan yang sedia ada pun boleh dianggap sama sahaja, mana mungkin ini berlarutan sehingga kini, tetapi tak salah jika mereka membiarkan perkara ini berlarutan kerana pihak atasan ini pun sama juga, memang suka di"ampu" dan digula-gulakan dengan sistem penjajah. Nak buka pintu pun kena ada yang membukanya, kalau masuk dewan mesyuarat semua orang kena berdiri, teks ucapan mesti memuji mereka dengan awalan "lambungan dan pujian", yang terpilih atau menyuakan diri menjadi pengacara majlis pun dengan bangga menawarkan diri kerana bila lagi nak mengangkat atau melambung tetamu terhormat jika bukan dengan menonjolkan atau ditonjolkan diri.
Biar apa yang berlaku dalam sistem pendidikan, mereka mesti kelihatan hebat dan berkuasa. Biar apa pun berlaku mengenai masa depan anak-anak yang bersekolah, peduli apa, asalkan orang politik atau orang awam tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ini dibolehkan kerana Akta Rahsia diguna pakai.
Kini warga LPM sedang menunggu, siapa yang kekal, siapa yang tinggal, siapa yang pergi, siapa yang naik, siapa yang turun. Adakah Cadangan Kertas Perjawatan yang dihulurkan diluluskan, bolehkah DG41 terus ke DG48, bolehkah DG48 melompat ke DG 54, bolehkah KU DG41 mengaku berjawat DG44 walaupun tidak lulus PTK atau pergi kursus BTN lagi dan ada yang belum ambil. Hanya masa yang menentukan.
Perlukah satu kajian semula di buat ? Lihat http://mamo60.tripod.com/stafflpm2004.htm sebagai rujukan.
[This message has been edited on 09/25/2005]
|