|
|
|
|
| Author | Topic: Kursus Kenegaraan - Amatan Ku |
|
Aacaan (Moderator) |
posted 12/12/04 3:16 PM
KAC-A4403-04 2 DISEMBER – 6 DISEMBER 2004 2.12.04 Pendaftaran Peserta Berdiri sebentar, diberi kunci bilik hotel , rupa-rupanya, 2 orang lelaki yang mengisi borang tadi adalah teman sebilik, nama mereka Tuan Haji A.Hakim (Guru BM dari SMK Banting) dan En Nor Hisham (Guru Kaunseling dan PJ dari SMK Banting). Semak senarai kedatangan sekali lagi jumpa seorang lagi yang dikenali, Cikgu Nor Suraiya Dakir (SK Segambut). Bergegas ke bilik untuk solat Asar dan menyiapkan diri untuk aktiviti pertama iaitu Riadah (Ujian Kesihatan Diri). Penuhnya lift hotel, maklumlah katanya 130 peserta. Sampai di parking lot , hanya 2 kakitangan BTN di pendaftaran yang ada, mereka adalah En Abu Bakar Nordin @ Pak Abu (Ketua Jurulatih, orang Perak, mungkin bekas Army, tengok rambut dan fizikal tubuh badan, sah lah kut, loghat Perak , pekat, perkataan biasa “NA”, sikit, sikit NA, sikit-sikit NA). Kawan beliau, kelihatan muda tapi dah 20 tahun lebih dalam Navy, bersara dah kini Jurulatih di Kem Bina Negara , Kuala Kangsar, Ulu Kenas, Perak, agak serious tapi Oklah kut, namanya En.Masri. Sesi bermula dengan semua diberi warm-up excerise, dan raidah bermula. Rupa-rupanya kumpulan ini banyak DG (Darjat Guru bukan Darjat Syarahan, campuran PPPS dan PPPBS, ada juga dari Jabatan-Jabatan Kerajaan lain , dari Teluk Intan hingga ke Semenyih kut , area-area tu lah). Tamat riadah, bergegas balik untuk makan malam, solat maghrib, macam ekspres rakyat dibuatnya. Makan , Oklah makanan hotel 3 bintang, dengar khabar kumpulan lain terpaksa makan nasi kawah di Kem Bina Negara. Lepas solat maghrib , turun lagi ke Dewan untuk tazkirah, semua peserta terpaksa hadir kerana dalam program, Melayu, Cina dan India, semua kena dengar. Tazkirah ini disampaikan oleh Pak Abu, sunyi sepi dewan utama tersebut, nak kata ceramah agama pun boleh, nak ceramah moral pun boleh, nak lelap takut ada point dalam ujian, last sekali letak tengkuk kat kerusi, dongak keatas, lelap lah jugak. Tersedar dan terkejut kerana Pak Abu menghabiskan Tazkirah dengan memberi salam. Semua pulang ke bilik untuk solat Isyak. Bergegas menukar baju rasmi (semua peserta mesti bagi lelaki, baju lengan pendek putih seluar gelap, dan bagi wanita pun sama baju putih, kain hitam , macam bendera negeri Terengganu ka Pahang , (mungkin Pengarah BTN, orang Terengganu/Pahang), tapi yang sahnya macam waiter hotel. Taklimat Kursus Seperti biasa, the time is masa, dan orang-orang Melayu terutamanya mesti lambat. Alasannya biasa, tidak tahu tempat, baru sampai hotel, tidak biasa dengan keadaan, lift lambat dan pelbagai alasan. Keduanya, semua tumpu tempat dibelakang, Pak Abu meminta kedepan, last sekali semua lelaki terpaksa duduk didepan dan wanita dibelakang, cantik tu …. Pak Abu berceloteh lagi, En Masri hanya berdiam, tiba-tiba Pak Abu berteriak “Peserta, Bangun !”. Tapi biasalah, lagi kuat pekikan lagi lambat peserta bangun. Lalu seorang pegawai muda, yang bersama Pak Abu dan En Masri petang tadi semasa pendaftaran. Terus beliau naik kepentas dan memberi salam. Beliau memperkenalkan dirinya, nama beliau En Syafful Annuar Sarani (Ketua Fasilitator, bekas pelajar UKM, bidang Kimia, bertugas di BTN Putrajaya dan baru sahaja bertukar ke BTN Ipoh, jawatan Penolong Pengarah, usia muda lagi , ada kut 24-25 tahun). Beliau memberi taklimat dengan pantas dan cepat, kerana masa is time. Nadanya tegas, macam berhadapan dengan Leftenan Muda Tentera yang baru keluar Maktab Tentera. Taklimat berkisar peraturan program, semua peserta mendiamkan diri, maklumlah penat dan letih dan mungkin jemu dengan taklimat kerana kebanyakkannya adalah guru-guru yang sering menghadiri taklimat dan mesyuarat, lagi pun ada yang kata, dah kena datang, datanglah saja. Peserta kemudiannya, dimaklumkan mengenai jadual dan aktiviti, biasalah, kalau tak maklumkan nanti kata dia tak maklumkan pula. Tamat sahaja, ada sesi rehearsal, pertama melantik Penghulu dan Ketua Kumpulan. Juga dimaklumkan bahawa semua peserta yang hadir sehingga 10 malam adalah 95 orang (44 lelaki 51 wanita, petang tadi 48 lelaki, 47 wanita, agaknya 4 lelaki tadi adalah kaum separuh). Tiap-tiap sesi , Penghulu akan kata “Peserta Bangun”, diikuti dengan Nyanyian “Wawasan 2020”. Penghulu kemudian akan berjalan ke pentas dan menyebut “Kami peserta kursus seramai 95 orang, 44 lelaki dan 51 wanita bersedia memulakan program, Tuan”. Penceramah/Fasilitator akan menggangguk kepala, dan akan memaklumkan supaya peserta boleh duduk. Penghulu berpatah balik dengan ucapan “terima kasih, Tuan”. Juruacara majlis (yang dilantik dikalangan peserta) akan memaklumkan biodata Penceramah yang kemudiannya akan memulakan ceramah beliau dengan menggunakan power-point. Siapa terlelap, rugilah kerana soalan ujian terdapat didalam ceramah-ceramah tersebut. Selesai sahaja raptai, peserta diminta ke dewan makan untuk minum malam, dan selesai minum malam terus kebilik, tidak boleh merayap keluar. Apa lagi semua lari masuk biliklah, untuk berborak dan tidur. Esok nak solat subuh lagi, riadah pagi lagi dan tazkirah lagi. Siapa kata kursus BTN teruk….. 3.12.04 Pembentangan Kertas Kerja 1 [Tanah Air ] Penceramah : En Syafful Annuar Sarani (Ketua Fasilitator) Seperti biasa peserta ada yang awal ada yang lambat. Aktiviti diteruskan fasilitator memaklumkan dan meminta peserta supaya on-time, tetapi melayu tetap melayu. Ceramah adalah sekitar sejarah Tanah Air, siapa yang tak tahu sejarah, molek membuka mata dan memasang telinga, tetapi siapa yang mata tak boleh angkat apa nak buat. Lelap sajalah. Kalau tak memberi tumpuan, takut ada perkara masuk dalam ujian, maka lentang lentuk lah peserta-peserta, maklumlah takut tak lulus ujian. Moral ceramah ini adalah “Cintailah tanah air kita, Malaysia. Jangan biar tergadai ke kuasa asing terutamanya Polis Dunia”. Pembentangan Kertas Kerja 2 [Rakyat ] Penceramah : En Shamsul Adabi Mohamad Moral ceramah ini adalah “Jadilah rakyat yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara”. Kalau ada antara peserta yang ingat lagi akan ceramah ini sila kongsi bersama dengan penulis untuk disiarkan. Pembentangan Kertas Kerja 3 [Kerajaan ] Penceramah : En Kamaruddin Yaakob Moral ceramah ini adalah “sokonglah kerajaan yang sedia ada, fahamilah mengapa keadaan tertentu terpaksa diambil oleh kerajaan”. Kalau ada antara peserta yang ingat lagi akan ceramah ini sila kongsi bersama dengan penulis untuk disiarkan. Pembentangan Kertas Kerja 4 [Kedaulatan ] Penceramah : En Ahmad Fairuz Othman Moral ceramah ini adalah “daulatkan Raja-Raja, negara dan undang-undang”. Kalau ada antara peserta yang ingat lagi akan ceramah ini sila kongsi bersama dengan penulis untuk disiarkan Dalam keadaan demikian, tazkirah yang pasti akan disampaikan oleh En Syafful dan Pak Abu secara bergilir-gilir. Tajuk tazkirah boleh didapati di ruangan Tajuk. Kalau ada antara peserta yang ingat lagi akan ceramah ini sila kongsi bersama dengan penulis untuk disiarkan 4.12.04 & 5.12.04 Latihan dalam Kumpulan (LDK) Kumpulan 4, diketuai oleh Fasilitator Jemputan,( En Hamdan Othman (seorang bekas pelajar MRSM Kulim, kelulusan US dalam entah, banyak sangat sampai tak ingat, peserta yang ingat tolong berikan biodata beliau kepada saya , untuk perkongsian bersama). LDK 1 hingga 8, mempamirkan latihan tumpuan dalam amanah, fokus, berani dalam memberi pendapat, mengfakta dan mendokumenkan kerja, jangan meminta habuan dalam menjalankan tugasan, benar, sifat terpuji, menambahkan dan meningkat ilmu dan … entah tak ingat dah, kongsilah sesiapa yang ingat. 6.1.2.04 Hari Penentuan Paginya , semua peserta diberikan nota-nota ceramah untuk persediaan ujian. Ramai yang terkedek-kedek kerana dah lama tak membaca, dan terpaksa membaca atau membelek dalam masa 2 jam untuk ulangkaji. Jam 9.30 am, hampir 7/8 peserta sudah bersedia memasuki dewan untuk memulakan ujian. Tepat jam 10.00 am, Ketua Pengawas/Ketua Fasilitator memulakan ujian, sunyi sepi dewan. Peserta terpaksa menjawab Ujian dalam masa 1 ˝ jam, 60 soalan objektif (30 soalan fakta dalam buku, 30 soalan menggunakan akal fikiran.). Sekarang berserah kepada Allah s.w.t, harus diingat kakitangan awam yang ingin anjakan gaji hendaklah lulus Kursus Kenegaraan, lulus Ujian PTK dan tak lupa sokongan Ketua Jabatan , baru boleh dapat anjakan gaji .... Secara total, mungkin kumpulan kami memang benasib baik dapat berkursus di hotel berbanding kumpulan lain, tetapi yang penting apa yang kita perolehi dari kursus ini. Mesej yang ingin disampaikan memang baik dan memang perlu di hayati. Tetapi saya masih ingat kata seorang bekas Mentor saya, "selagi manusia bernama manusia, ........maka selagi itulah ........" . Kepada rakan-rakan kursus yang ada terbaca mesej ini sila beri komen anda, saya pasti tidak ramai atau sebilangan sahaja yang akan membalas atau memaklumkan "pesanan bersahaja" ini. Yang jelas dalam amatan saya sepanjang kursus ini dan kursus-kursus yang saya pernah hadiri :- i) ramai dari kita dari golongan DG yang masih di takuk lama, masih bersikap tidak terbuka, masih takut untuk menyatakan pendapat, masih kurang ilmu pengetahuan, masih ketinggalan dalam era ICT, masih berada dalam kelompok yang kurang menyenangkan, masih menyimpan perasaan waswas, masih bersikap tidak apa .... ii) ramai dari golongan DG masih dijajah minda mereka, kebetulan terdengar perkhabaran dan rungutan dari guru lulusan maktab bahawa mereka terasa terendah diri akibat sikap guru berkelulusan universiti yang memandang rendah akan guru lulusan maktab, pada mulaya berjumpa, tidaklah menunjukkan sedemikian tetapi setelah mengetahui status , bukan saja nak senyum tetapi memandang pun tidak. Bukanlah semua yang begitu tetapi memang ada sikap yang bersikap sedemikian, cuba tengok di tempat kerja anda ..... iii) ramai dari golongan DG tidak bersedia atau sanggup menghadapi risiko, lebih ramai yang bersikap mendiamkan diri, kerana bagi mereka bercakap pun tak guna, bukan ada makna, yang melambung dan mengampu juga yang tetap akan untung ....... iv) ramai yang berkhidmat di maktab perguruan, institut perguruan , politeknik, Bahagian-Bahagian di kementerian menggangap mereka lebih hebat dari yang mengajar di sekolah kerana mereka adalah PENSYARAH atau PENOLONG PENGARAH walhal mereka adalah DG (Darjat Guru) .... kita sama sahaja tetap GURU dan bukan Darjat Syarahan ... Jika hendak ditulis banyak lagi yang boleh dinyatakan tetapi jika ada sesiapa yang ingin tolong tambah sila kan dan jika ada yang membangkang atau membantah juga sila kan ... Berbalik kepada kursus ini , mesejnya sebenarnya sama sahaja berkhidmat lah dengan ikhlas, jujur dan amanah, berkerjalah dengan bersih, cekap dan amanah, bertugaslah dengan penuh dedikasi tanpa mengharap ganjaran, berbuat baik dan tolong menolonglah sesama kita, buangkan sikap dengki, irihati, sombong, bongkak, meninggi diri dalam diri anda ....gunakanlah kuasa dan kedudukan untuk kepentingan bersamai, bukan untuk kepentingan diri, yang jelasnya tengoklah diri sendiri, samada anda layak berada di tempat yang anda berada sekarang, janganlah jika sebagai contoh, anda seorang PPPS DG41 tetapi diberi kedudukan sementara menerajui sebuah Unit tetapi sudah mengaku diri seorang PPPS DG 44 dan yang lebih dasyatnya berperasaan seorang PPPS DG48, atau pun anda seorang PPPBS DG29 tetapi berperasaan seorang PPP DG48 .... Kepada En Syafful (walaupun tuan masih hijau, saya beri tabik hormat kerana memang tuan berpotensi menjadi seorang pegawai yang baik) , kepada Pak Abu terima kasih diatas inisiatif tuan dan celoteh tuan untuk menghidupkan program, kepada Kakang Masri syabas kerana mengimbangkan celoteh Pak Abu dan ketegasan En Syafful. Tanpa tuan-tuan, program ini sukar dihayati dan tanpa kami sunyilah aktiviti .... Kepada tuan/puan yang ingin menyumbang cerita ketika dan semasa kursus atau ingin berkongsi pengalaman, sila klik "Post Reply". Sama-samalah kita menjadikan pengalaman bersama sebagai iktibar, yang baik menjadi teladan, yang tidak, menjadi sempadan. http://aacaan.bravepages.com [This message has been edited on 12/14/2004] |
|
Ishamuddin Ishak (Moderator) |
posted 12/14/04 8:25 AM
Batang Selasih Pokok Selasih Pohon Selasih Daun selasih Buah Selasih Biji Selasih Sekian Terima Kasih.... (di ambil dari Pantun Pak Abu , sempena penutup kursus 6.12.04) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah [This message has been edited on 12/14/2004] |
|
|